Saturday, November 7, 2009

Malaysian Football = Good Entertainment

Forget Chelsea vs Man U. Tonight is all about Piala Malaysia. So bila cakap pasal bola Malaysia, kena la guna bahasa ibunda. Baru ada feel. Hohoho. Maka tanpa membuang masa, saya persembahkan final score Piala Carok eh Piala Malaysia 2009 yang telah berlangsung di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi.

Kelantan 1 -indra putra mahyudin
Negeri Sembilan 3 -shahrul ain, hairuddin omar, zaquan adha(p)

Scoreline yang agak menarik. Tapi lebih banyak yang menarik. Marilah kita recap bersama detik-detik bermakna sepanjang perlawanan.

1.encik zaquan adha yang tak henti-henti terjatuh dan tergolek-golek dan tersakit-sakit. tau la pemain pro. mengerang sikit orang medik dah menggelabah datang menghadap. tapi sampai keluar padang naik stretcher EMPAT kali. capap ke apa, bro?

2.die-hard fans kelantan (konon) yang seronok membakar kain rentang yang diorang gak penat-penat buat dan usung ke stadium. kena 3 bijik dah bakar banner & kerusi, tembak mercun, baling botol. nasib baik n9 tak score 8. kalau tak tinggal rangka la stadium tu. (bakar kerusi eh?batak giler perangai korang)

3.seperti biasa, tempo perlawanan yang berubah kepada mode malas selepas minit ke 60++. final ke tak final ke, ketahanan stamina tetap menjadi masalah kepada pemain-pemain kita. but then again, kalau fans pun dah start maki hamun team sendiri, baling-baling benda kat players yang diorang support, memang ar malas nak main(note the m'sian mentality.haha).

4.last but not least, (ni aku bangun angkat tabik) consolation goal kelate. trademark free kick dari encik indra putra. untuk standard kita, kira power la gol macam tu. bukan selalu bole buat kan? satu lagi sebab itu gol ke-11 untul abang botak kurus, maka beliau telah beat 10 gol zaquan adha lalu meraih penjaring terbanyak Piala Carok eh Piala Malaysia. boo zaquan boo. Hahahaha.

Empat jek detik menarik sepanjang 90 minit? Good enough la for a local game. Hidup bola kita. Majulah sukan untuk negara.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment